Lagu Paus Bongkok Lagu paus

spektrogram lagu Paus Bongkok,
— Main bunyi (format OGG, 57 kB)

Dua kumpulan paus, Paus Bongkok dan subspesies Paus Biru yang terdapat di Lautan India, diketahui menghasilkan bunyi berulang pada frekuensi pelbagai yang dikenali sebagai lagu paus. Pakar biologi laut Philip Clapham menggambarkan lagu tersebut sebagai "kemungkinannya lagu paling rumit dalam alam haiwan" (Clapham, 1996).

Paus Bongkok jantan menghasilkan bunyi ini hanya semasa musim mengawan, dan dengan itu ditafsirkan bahawa matlamat lagu ini adalah sebagai membantu pilihan seksual. Samaada lagu adalah tabiat persaingan antara dua jantan memikat pasangan yang sama, cara mentakrifkan jajahan atau sebagai tabiat "mengusik" antara paus jantan kepada paus betina tidak diketahui dan merupakan matlamat penyelidikan yang sedang dilakukan.

Minat dalam lagu paus dimulakan oleh penyelidik Roger Payne dan Scott McVay, yang menganalisa lagu tersebut pada tahun 1971. Lagu tersebut menurut struk hireki tertentu. Unit asas lagu (kadang kala ditakrifkan secara umum sebagai "not") adalah pengeluaran bunyi berterusan tunggal yang sepanjang beberapa saat. Bunyi ini pelbagai dalam frekuensi 20 Hz hingga 10 kHz (julat pendengaran manusia biasa adalah 20 Hz hingga 20 kHz). Unit boleh frequency modulated (i.e., nada tinggi rendah (pitch) bunyi mungkin naik, turun, atau kekal sama semasa not) atau amplitude modulated (semakin kuat atau semakin perlahan).

Kumpulan empat atau enam unit dikenali sebagai sub-frasa, selama kemungkinannya sepuluh saat. Kumpulan dua suf-frasa adalah frasa. Seseekor paus biasanya mengulangi frasa yang sama berulang-ulang selama dua hingga empat minit. Ini dikenali sebagai tema. Sekumpulan tema dikenali sebagai lagu. Seseekor paus akan mengulangi lagu yang sama, yang selama sekitar 30 minit, berulang-ulang sepanjang berjam-jam atau hingga berhari-hari. Hiraki bunyi "patung Russia" telah menarik minat pakar sains.

Kesemua paus dalam sesuatu kawasan menyanyi lagu yang hampir sama pada sesuatu masa dan lagu ini perlahan-lahan dan secara tetap berubah sepanjang masa. Sebagai contoh, selama sebulan sesuatu unit yang mengandungi "menaik" (frekuensi semakin meningkat) mungkin mendatar perlahan-lahan dan menjadi not tetap. Unit lain pula mungkin menjadi semakin kuat. Tempoh evolusi lagu paus turut berubah—sesetengah tahun, lagu berubah dengan cepat, sementara pada tahun yang lain pula hanya variasi kecil dirakamkan.

Skematik biasa lagu Paus Bongkok.
Disalin semula dari Redrawn Payne, et al. (1983)

Paus menduduki kawasan geografik yang sama (yang mungkin seluas keseluruhan lautan) cenderung memiliki lagu yang serupa, dengan hanya sedikit variasi. Paus daripada kawasan tidak bertindan menyanyi lagu yang berlainan sama sekali.

Ketika lagu berubah ia kelihatannya pola lama tidak diulang. Analisa lagu paus selama 19 tahun mendapati bahawa walaupun pola umum dalam lagu boleh dikesan, gabungan yang serupa tidak pernah diulang.

Paus Bongkok mungkin juga menghasilkan bunyi tunggal yang tidak membentuk sebahagian daripada lagu, terutamanya semasa upacara memikat. Akhir sekali, paus Bongkok menghasilkan bunyi kelas ketiga yang dikenali sebagai panggilan makan. Ini adalah bunyi yang panjang (sepanjang 5 hingga 10 saat) frekuensi yang malar.

Paus Bongkok pada umumnya bekerja-sama dengan berkumpul dalam kumpulan, berenang di bawah kawan ikan dan kesemua melonjak melalui kawanan ikan dan melompay keluar daripada air secara serentak. Sebelum lonjakan ini,paus menghasilkan bunyi panggilan makan. Matlamat sebenar panggilan ini tidak diketahui, tetapi penyelidik mendapati kemungkinan ikan kenal apakah ertinya. Apabila bunyi itu dimainkan semula kepada kawanan ikan, sekumpulan (herring) bertindak balas kepada bunyi dengan bergerak menjauhi bunyi panggilan tersebut, walaupun tanpa kehadiran paus.